Taklimat Kempen Internet Selamat Beri Pendedahan Keselamatan Digital Kepada Pelajar SMK Presint 5
23 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPutrajaya, 22 Julai 2026 – NADI Putrajaya telah menjayakan Taklimat Kempen Internet Selamat yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama SMK Presint 5, Putrajaya pada 22 Julai 2026 (Rabu), bermula jam 2.30 petang.
Program ini telah disertai seramai 30 orang pelajar dan dikendalikan oleh staf NADI Putrajaya sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diberikan pendedahan mengenai kepentingan menjaga privasi dalam talian, mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dalam talian (scam), buli siber, penyebaran maklumat palsu serta langkah-langkah melindungi data peribadi ketika menggunakan platform digital dan media sosial.
Program ini diharap dapat membentuk generasi muda yang lebih celik digital, berhemah ketika berkomunikasi di alam maya serta mampu menggunakan teknologi secara positif dan selamat dalam kehidupan seharian.
NADI Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia dan pihak SMK Presint 5 atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap keselamatan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: